Skip to main content

Bola Sepak

Smith Rowe, Jesus belum sedia diturunkan minggu ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

smith-rowe.jpg
Emile Smith Rowe dan Gabriel Jesus kembali menjalani latihan ringan menjelang pertembungan Arsenal menentang Brentford.

Smith Rowe terlepas sebahagian besar musim 2022-23 gara-gara kecederaan pangkal paha dan paha apabila membuat hanya enam penampilan bersama The Gunners, itu pun dari bangku simpanan.

Bercakap kepada media sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, malam ini, Mikel Arteta mengesahkan Smith Rowe antara trio pemain tercedera yang kembali menjalani latihan, tetapi pengurus itu berkata pemain tengah tersebut masih belum bersedia diturunkan hujung minggu ini.

“Pemain yang lama tercedera seperti Emile, Reiss Nelson dan Jesus, mereka makin hampir untuk kembali,” katanya malam tadi. 

 

"Mereka mula melakukan beberapa latihan di luar tetapi mereka belum bersedia untuk menyumbang lagi."

Kepulangan Jesus juga akan menjadi dorongan buat pendahulu liga itu selepas tonggak Brazil tersebut memainkan peranan penting untuk meletakkan Arsenal di tangga teratas pada awal kempen ini, tetapi Arteta enggan bertindak terburu-buru. 




"Kami perlu menghormati beberapa garis masa dan beberapa proses lain lagi, tetapi dia melakukannya dengan sangat baik," tambahnya. 

"Kami perlu lihat adakah lututnya mampu menanggung sedikit beban dan melakukan beberapa pergerakan selain bagaimana dia bertindak balas."

Advertisement

Must Watch Video