Ryan Gravenberch berpuas hati dengan tahap persembahannya di Liverpool setakat musim ini sambil berkata ia adalah hasil daripada kepercayaan yang diberikan oleh Arne Slot.
Pemain tengah itu menyertai Liverpool daripada Bayern Munich September tahun lalu apabila membuat 26 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah kendalian Jurgen Klopp, tetapi hanya memulakan 12 perlawanan tersebut.
Gravenberch hanya terlepas satu perlawanan musim ini iaitu ketika The Reds merakamkan kemenangan Piala Liga Inggeris (EFL) ke atas West Ham dan telah menjadi sebahagian watak utama dengan peranan tengah yang lebih mendalam.
Pemain Belanda itu 42 kali telah memenangi penguasaan bola selain turut memenangi perebutan bola terbanyak (41) dan kedua tertinggi dalam soal pemintasan (12) untuk hanya di belakang Virgil van Dijk (17).
Liverpool menduduki tangga teratas EPL menjelang rehat antarabangsa untuk Slot membuat permulaan terbaik berbanding mana-mana pengurus Liverpool dalam sejarah kelab itu, lantas Gravenberch memuji pengurusnya itu atas peningkatan prestasinya.
"Jurulatih memberikan saya keyakinan dan memberi saya peranan," katanya kepada ESPN.
"Saya hanya melakukan perkara yang terdaya sebagaimana yang saya lakukan di Ajax.
"Kami membincangkan pelbagai perkara dengannya. Lebih-lebih mengenai bola sepak. Kami juga sempat bercakap musim lalu. Saya mempunyai ikatan yang baik dengannya dan saya sangat gembira dia berada di sini.
"Kami berfikir dengan cara yang sama. Dia menggemari bola sepak dan membina gerakan dari belakang. Itu juga sesuai dengan saya.
"Saya kini berada di kelab terkemuka di Liverpool. Saya beraksi lebih banyak musim lalu berbanding musim sebelumnya. Itu adalah matlamat saya. Musim ini matlamat saya adalah untuk beraksi lebih daripada musim lalu dan saya di laluan tepat."

Happy Sunday, Reds ? pic.twitter.com/piKQTmVN56
— Liverpool FC (@LFC) October 6, 2024