Skip to main content

Bola Sepak

Slot sedih hilang khidmat Trent Alexander-Arnold

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trent-arnold.jpg
Arne Slot sedih kehilangan Trent Alexander-Arnold di penghujung musim tetapi percaya Liverpool akan terus mara.

Alexander-Arnold pada pertengahan minggu ini mengumumkan menolak kontrak baharu di Anfield dan ini bermakna dia akan menjadi ejen bebas bulan depan dan membuka jalan untuk perpindahan ke Real Madrid.

Graduan akademi Liverpool itu membuat penampilan sulung seniornya pada 2016 dan sejak itu telah memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara (UCL), Piala FA dan dua Piala Liga Inggeris (EFL).

"Sebagaimana peminat Liverpool yang lain, kami juga kecewa kerana dia bukan sahaja seorang manusia yang baik malah sebagai bek sayap yang cukup bagus, namun akan meninggalkan kami."




“Bagi saya, adalah mustahil untuk mengulas mengenai ke mana arah tujunya dan sama ada ia merupakan kelab yang akan beraksi dalam Piala Dunia Kelab.

"Anda lihat melalui senyuman saya, kita sama-sama tahu ke mana dia akan pergi tetapi ia belum didedahkan lagi."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video