Pemain antarabangsa Brazil itu kembali daripada kecederaan pada pertengahan minggu lalu dan bermain selama 90 minit ketika The Reds menewaskan Girona 1-0 dalam Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Slot akan memanfaatkan momentum itu ketika Liverpool kembali ke domestik, Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas 'Derby Merseyside; menentang Everton pada hujung minggu lalu ditangguh akibat cuaca yang teruk.
"Kami mempunyai penjaga gol yang hebat. Saya berseloroh bahawa rakan sepasukannya mungkin ingin tahu tahap kecergasannya supaya dengan membuatkannya terpaksa bekerja keras ketika menentang Girona," kata pengurus The Reds itu.
"Dia telah membuktikan bahawa dia mungkin salah seorang penjaga gol terbaik di dunia.
Liverpool in 2024-25 ?
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) December 10, 2024
Stepping it up a gear in the second half of matches. pic.twitter.com/wwul405yc5
"Mari kita berharap dia dapat terus melakukan persembahan ini dan semoga dia kekal sihat."
Fulham seri 1-1 dengan Arsenal hujung minggu lalu, tetapi Cottage hanya tewas sekali dalam tujuh perlawanan terakhir liga.
Lantas, pengurus kelab London itu, Marco Silva, berkata: "Saya sangat gembira dengan dedikasi dan organisasi pemain kami (menentang Arsenal)."