Skip to main content

Bola Sepak

Skuad wanita Arsenal julang trofi Liga Juara-Juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arsenal.jpg
Stina Blackstenius memainkan peranan sebagai super sub apabila gol yang dijaring membantu Arsenal menjulang gelaran Liga Juara-Juara Wanita yang kedua menerusi kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara, Barcelona.

Blackstenius memberikan impak segera daripada bangku simpanan, meledak gol kemenangan tujuh minit selepas diperkenalkan di Estadio Jose Alvalade.
 

Kemenangan ini memberikan satu kejayaan buat pengendali pasukan, Rene Slegers, yang menjadi pengendali kelahiran Belanda pertama memenangi Liga Juara-Juara Wanita.

Secara keseluruhan, dia merupakan yang ketiga melakar kejayaan di pentas Eropah termasuk bola sepak lelaki dan wanita, selepas Louis van Gaal (1995 bersama Ajax) dan Frank Rijkaard (2006 bersama Barcelona).

Advertisement

Must Watch Video