Jika sebelum ini fanatik bola sepak tempatan banyak tertumpu dan memberi reaksi terhadap jendela perpindahan skuad Selangor dan Johor Darul Takzim kini Terengganu FC pula muncul dengan pemain-pemain terbaru mereka iaitu Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.



Menurut sumber, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid diikat secara pinjaman dari kelab semasa mereka bagi mengharungi aksi Liga Super 2024/2025.