Skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara melakar sejarah tersendiri apabila layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 tahun depan selepas muncul juara kumpulan dalam saingan kelayakan.
Skuad negara terbang ke Bangkok, Thailand untuk memburu kelayakan kejohanan itu dengan keadaan serba kekurangan.
Sekadar menjalani latihan selama lima hari dan tempang tanpa enam tonggak utama, mereka tidak diletakkan harapan untuk meraih kejayaaan.
Begitupun, barisan pemain sedia ada berjaya membuktikan sebaliknya dengan kemenangan 3-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan pertama menjadi titik tolak kejayaan itu.
Walaupun tewas 0-3 kepada tuan rumah, Thailand, dalam perlawanan kedua, kemenangan 2-0 ke atas Mongolia semalam mencerahkan semula peluang pasukan itu untuk mara ke pusingan akhir kejohanan di China, tahun depan.
Ia menjadi kenyataan apabila perlawanan di antara Thailand dan Indonesia berakhir seri tanpa jaringan untuk membawa Malaysia secara merit ke pusingan akhir selaku juara Kumpulan H.
"Keseluruhan tujuan kami, iaitu untuk layak, adalah tercapai di mana keputusan perlawanannya adalah seperti yang kami jangka.
"Cuma perlawanan menentang Thailand (Malaysia kalah 3-0), saya percaya kami mampu beraksi dengan lebih baik," kata jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee.
Kejayaan itu sudah pasti menjadi tonik terbaik buat skuad negara untuk menghadapi Sukan SEA, bulan depan.
Mereka membawa misi penting untuk memenangi ibu segala emas dalam membantu kontinjen negara mencapai misi 'Kita Juara'.
"Ini menjadi pembakar semangat yang baik untuk menghadapi Sukan SEA, di mana kami dapat menilai pasukan lain," kata kapten, Adib Zainuddin.
Sementara itu, pertahanan skuad B-22 negara, Adam Nor Azlin, berkata: "Ini adalah suntikan semangat supaya kami dapat bekerja lebih keras lagi, dan kami tidak boleh leka dengan kejayaan ini.
"Saya harap pemain terus memberikan aksi terbaik dan memberikan kejayaan sekali lagi kepada rakyat Malaysia dalam Sukan SEA nanti. Insya-Allah."