Skip to main content

Bola Sepak

Skuad B-22 negara sedia dengan pelan B

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wirayusoff24417.jpg
Skuad bawah 22 tahun (B-22) negara tetap berlepas ke Bangkok, Thailand sekalipun tanpa enam pemain tonggak yang masih belum melaporkan diri bagi menghadapi kempen Kejohanan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Bangkok, Thailand, bermula 19 hingga 23 Julai ini. 

Enam pemain itu termasuk kapten Pahang, Matthew Davies, dua pemain Pulau Pinang S.Kumaahran dan Mohd Syamer Kutty Abba, serta pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid.

Jurulatih pasukan, Datuk Ong Kim Swee, sudahpun mengambil langkah proaktif dengan memanggil pemain gantian.

Jika enam pemain tersebut masih tidak melaporkan diri selepas perlawanan liga Sabtu ini, maka barisan kejurulatihan perlu mengikhtiarkan strategi terbaik dengan pemain sedia ada.

"Kami masih mengharapkan pemain-pemain ini hadir tetapi pada masa sama, kami juga memahami masalah yang dihadapi pemain ini dalam pasukan mereka.

"Kami lebih menitikberatkan pemain yang sedia ada daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti," kata pengurus skuad B-22 negara, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi. 

Sementara itu, Yusoff yang juga Timbalan Presiden, Bolasepak Malaysia (FAM), terbuka dengan cadangan alternatif meramaikan kelompok pemain berstatus natruraliasi bagi memanfaatkan skuad kebangsaan.

"Dalam senario sekarang, kita perlu memikirkan juga dengan melihat mana-mana pemain yang berdarah Malaysia dan membawa mereka balik ke tanah air."

Advertisement

Must Watch Video