Persekutuan bola sepak Turkiye (TFF) akan melancarkan prosiding tatatertib selepas ratusan pengadil perlawanan profesional didapati mempunyai akaun pertaruhan.
Siasatan selama lima tahun itu mendapati bahawa 371 daripada 571 pengadil mempunyai akaun pertaruhan dan 152 daripadanya aktif berjudi.
Walaupun ada yang hanya bertaruh sekali, 42 yang lain telah bertaruh lebih daripada 1,000 perlawanan bola sepak dengan seorang pengadil didapati telah membuat 18,227 pertaruhan.
Presiden TFF, Ibrahim Ethem Haciosmanoglu, yang tanpa menamakan pengadil tersebu mendedahkan bahawa tujuh pengadil dan 15 penolong pengadil dalam dua divisyen teratas Turkiye, serta 36 pengadil utama dan 94 penolong pengadil di peringkat bawahan turut termasuk dalam senarai itu.
"Jika kita mahu membawa bola sepak Turkiye ke tempat yang sepatutnya, kita perlu membersihkan apa sahaja kotoran yang ada," kata Haciosmanoglu.
Tambahnya, pengadil dalam senarai itu akan dirujuk kepada lembaga disiplin TFF dan menghadapi hukuman yang sewajarnya memandangkan seperti pemain dan jurulatih, pengadil perlawanan dilarang daripada menyertai aktiviti pertaruhan oleh Peraturan Disiplin TFF, serta Peraturan Disiplin Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).
Artikel 27 Kod Etika FIFA menyatakan bahawa pengadil yang didapati bertaruh boleh dikenakan denda sebanyak 100,000 franc Switzerland (£94,246) dan penggantungan sehingga tiga tahun daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.
Kelab gergasi seperti Beriktas dan Fenerbahce kemudian menyambut baik usaha itu, sementara Trabzonspor menggelarkan perkembangan berkenaan sebagai satu peluang bersejarah untuk membina semula keadilan dalam bola sepak Turkiye.
Gear Up Sekarang

Nike Phantom 6 Low Academy
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang