Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyerahkan sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), untuk melakukan sebarang siasatan.
Ini berkenaan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) meminta pihak berkuasa daripada lima negara iaitu Argentina, Belanda, Sepanyol, Brazil termasuk Malaysia untuk menyiasat isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dianggap sebagai jenayah antarabangsa.
Jelasnya, perkara itu tertakluk dibawah bidang kuasa KDN, malah mempercayai isu tersebut sedang diteliti dan jawapan bakal dikemukakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam masa terdekat.
"Aspek jenayah di bawah bidang kuasa KDN, jadi kami serahkan kepada mereka.
"Saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri, tetapi belum menerima maklum balas.
"Kita perlu memberi Datuk Seri Saifuddin masa supaya meneliti juga, dan kemudiannya menjawab isu ini.
"Esok, (20 November - Khamis), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membuat penggulungan di Parlimen di mana Belanjawan 2026 membabitkan bajet untuk KBS akan dibahaskan.
"Semua ini akan dijawab esok, dan saya tidak mahu mendahului melalui sidang media hari ini," katanya di Nadi Arena.
Hannah ketika ditemui di majlis pengumuman kolaborasi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bersama sebuah jenama sukan terkemuka turut memaklumkan mengenai penajaan dua ribu pasang kasut dengan nilai mencecah RM930,000 kepada kontinjen negara ke Sukan SEA Thailand 2025.