Siti Nurhaliza tak perlu risau, final Piala Malaysia sudah atasi Coldplay

Muzaffar Musa
Disember 9, 2023 09:19 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mungkin tidak perlu bimbang lagi berikutan rekod kehadiran konsertnya diatasi Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bulan lalu.
Sebelum ini, konsert Music Of The Spheres World Tour kumpulan British itu mencatatkan kehadiran 75,000 penonton, sekali gus mengatasi rekod 19 tahun yang dipegang Siti Nurhaliza dengan 70,000 penonton hadir menyaksikan konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour di venue sama pada 2004.
Bagaimanapun, kehadiran penonton sewaktu perlawanan final Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu di SNBJ malam tadi mencatatkan kehadiran penyokong yang jauh lebih tinggi, iaitu seramai 80,550 orang penonton didaftarkan.
Sebagai rekod, JDT muncul juara Piala Malaysia 2023 dengan menewaskan Terengganu 3-1, sekali gus mempertahankan kesemua empat trofi yang dimenangi musim lalu dan mencipta sejarah 'quadruple' berganda.
Apapun, ini hanyalah perbandingan harfiah berdasarkan kehadiran penonton ke SNBJ tanpa mempertikaikan kredibiliti mana-mana individu dalam bidang sukan mahupun hiburan.
Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap penyanyi nombor satu negara.
#bola sepak #Piala Malaysia #Terengganu FC #Johor Darul Ta'zim FC
;