EPL
Sir Alex hilang 'tulang belakang' tanpa Lady Cathy Ferguson
Manchester United harus berterima kasih kepada Lady Cathy Ferguson atas lanjutan 11 tahun karier suaminya yang membawa tambahan koleksi enam gelaran Liga Perdana Ingeris (EPL) dan kejayaan kedua Liga Juara-Juara (UCL).
Isteri bekas pengurus di Old Trafford, Sir Alex, meninggal dunia pada usia 84 tahun merupakan satu-satunya individu yang boleh memujuk warga Scotland itu bahawa dia belum bersedia untuk bersara pada 2002.
Dalam autobiografinya, Ferguson mendedahkan: “Satu, kesihatan saya baik. Dua, dia tidak mahu mengurung saya di rumah dan yang ketiga, saya masih terlalu muda."
Peranan isterinya itu menjadi titik tolak kepada deretan trofi lagi untuk keseluruhan 25 piala sepanjang 27 tahun membimbing kelab berkenaan.
Timbul cadangan bahawa dia didorong untuk memilih United dan bukannya Tottenham disebabkan Cathy tidak berminat untuk berpindah ke London.
Apabila dia akhirnya bersara pada 2013, Ferguson -- yang keputusan terakhirnya sebahagiannya dipengaruhi oleh kematian kakak Cathy, Bridget Robertson -- berkata: "Isteri saya Cathy telah menjadi watak utama sepanjang karier saya, memberikan asas kepada kestabilan dan dorongan.
“Apabila saya memberitahunya bahawa kali ini saya akan bersara, dia tidak ada sebarang bantahan. Saya tahu dia mahu saya melakukannya.
"Kata-kata tidak cukup untuk menyatakan betapa beertinya dia kepada saya."
#Manchester United
#EPL
#UCL
#Liga Juara-Juara
#Sir Alex Ferguson
#Lady Cathy Ferguson
#Liga Perdana Ingeris