Skip to main content

Bola Sepak

Singkir Manchester United, Grimsby Town terima penangan realiti sebenar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

grimsby.jpg
Usai terlalu lama mendongak ke langit, Grimsby Town kembali diberi realiti sebenar dengan kekalahan di tangan Bristol Rovers di Blundell Park.

Mariners, yang menyingkirkan Manchester United daripada Piala EFL menerusi sepakan penalti pada pertengahan minggu, ditewaskan buat kali pertama musim ini oleh gol Macauley Southam-Hales pada separuh masa pertama.

Rovers mendahului pada minit ke-27 apabila rembatan Southam-Hales dari luar kotak gagal ditampan penjaga gol, Christy Pym.

Kedudukan kekal sehingga tamat 90 minit dan menyaksikan Grimsby mengalami kekalahan pertama musim ini, menghuni tangga kelapan selepas enam perlawanan.
 
 

Advertisement

Must Watch Video