Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026 berikutan negara di seberang tambak itu sebelum ini menimbangkan untuk menjadi tuan rumah temasya ketiga tertua di dunia itu.
Ini berikutan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) yang membuka bidaan tersebut kepada mana-mana negara termasuk Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi menggantikan Victoria, Australia yang telah menarik diri kerana masalah kewangan sebelum ini.
Pengesahan itu dibuat menerusi Sukan Komanwel Singapura (CGS) bersama Majlis Sukan Singapura (SportSG) dalam satu kenyataannya hari ini.
"Telah mengkaji kemungkinan untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 dan memutuskan untuk tidak membuat sebarang bidaan untuk menjadi tuan rumah bagi temasya tersebut."
Saufi Tahir
Wed Apr 03 2024