BOLA SEPAK
Singapura sambar naturalisasi dari Jepun
Hasrat pemain berdarah Jepun, Kyoga Nakamura, untuk menjadi warga Singapura tercapai selepas menjadi pemain naturalisasi pertama sejak Song Ui-yong pada 2021.
Pemain berusia 28 tahun itu telah beraksi sebanyak 133 perlawanan bersama Tampines Rovers dan telah menjaringkan 14 gol serta membuat 21 bantuan jaringan dalam liga divisyen utama negara itu.
?? Men’s National Team Head Coach Tsutomu Ogura on Kyoga Nakamura becoming a Singaporean pic.twitter.com/nUnPffixU5— FAS (@FASingapore) October 25, 2024
Iklan
Kehadirannya pasti akan menjadi tonggak penting yang diperlukan Tsutomu Ogura dalam memperkuatkan pasukan dengan kelincahannya di bahagian sayap.
Dia memulakan karier di Singapura bersama Albirex Nagata pada 2019 dan pada tahun yang sama dia merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik dan menerima anugerah Gol Terbaik di Liga Singapura.
✋ Hands up if you're Singaporean!Swipe ➡ to take a Kyoga Nakamura free kick pic.twitter.com/lUfc6rHz6u— FAS (@FASingapore) October 25, 2024
Nakamura berada dalam skuad Jepun ketika dalam saingan Piala Dunia B-17 pada 2023.
"Kami sasarkan untuk mencapai pencapaian baru, mempunyai pemain kompetitif seperti Kyoga amat penting untuk pasukan kebangsaan. Dinamikanya daripada bahagian tengah menjadikan dia aset untuk Singapura." kata jurulatih Singapura, Tsutomu Ogura.
Must-Watch Video