Simone Inzaghi pengganti Ten Hag?
Fariha Razak
Oktober 1, 2024 16:55 MYT
Oktober 1, 2024 16:55 MYT
“Ten Hag Out”- satu pergerakan yang menular baru-baru ini, lebih lebih lagi dalam musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan prestasi Manchester United semakin merosot dengan hanya satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir.
❌ Is Erik ten Hag out of excuses? ⏱️ How long will Sir Jim Ratcliffe tolerate these performances? ? Rice discusses the mental toll from the Leicester game ? Take a look at some of the key stories from today's newspapers pic.twitter.com/SPgcmluC6m
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Yang terbaru, berdepan Tottenham Hotspur apabila The Red Devils bukan sekadar tewas tetapi gagal kutip sebarang mata dan yang lebih mengejutkan lagi, perlawanan itu berlangsung di hadapan penyokong tuan rumah di Old Trafford, sekali gus terpaksa menanggung malu dibolosi tiga jaringan tanpa balas.
Selepas dua kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan dalam enam aksi setakat ini untuk berada di kedudukan ke-13, banyak pihak menjangkakan kan Ten Hag akan dipecat tetapi kini difahamkan yang Ineos masih mahu mengekalkan Ten Hag untuk menilai setidaknya dalam dua perlawanan selepas ini berdepan FC Porto (Europa League) dan Aston Villa (EPL).
Pada masa sama, nama pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi, adalah antara pesaing serius yang dicanang untuk menggantikan tempat Ten Hag jika Ineos memutuskan untuk berpisah dengan pengendali dari Belanda itu.
??| JUST IN: Simone Inzaghi has emerged as a SERIOUS contender to become the next Manchester United boss if Erik ten Hag is sacked. [@CrossyDailyStar] pic.twitter.com/Rly1lwRimu
— CentreGoals. (@centregoals) September 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengurus Itali itu memenangi enam trofi sejak bersama Inter pada 2021, termasuk kejuaraan Serie A musim lalu, dua Piala Itali dan tiga Supercoppa Italiana.
Lebih menakjubakan, Inzhagi turut mengetuai Inter untuk mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun pada 2023 di mana mereka tewas 1-0 kepada Manchester City. Konsistensi ini adalah sesuatu yang diperlukan Manchester United pada ketika ini.
Bagaimanapun, harus diingat bahawa Inzaghi telah menandatangani kontrak baru dengan Inter pada awal tahun ini untuk kekal di San Siro sehingga 2027, jadi ia masih menjadi tanda tanya sama ada Sir Jim Ratcliffe mampu menggunakan keajaibannya untuk meyakinkan pengurus dari Itali itu untuk berpindah ke Old Trafford.