Skip to main content

Bola Sepak

Simic janji terus buru gol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

15717markosimic.jpg
Penyerang import Melaka, Marko Simic, berharap rentak jaringan berterusan bagi membantu pasukannya memperoleh kemenangan ke atas Pulau Pinang dalam aksi Liga Super,
malam ini.


Simic menjadi taruhan baharu di bahagian serangan Melaka bagi menggantikan Ilija Spasojevic.

Beraksi dalam Liga Perdana bersama Negeri Sembilan sebelum ini, Simic tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri bersama Melaka.

Pemain berusia 28 tahun itu meledak jaringan pertamanya ketika Melaka menewaskan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia.

Rentak itu diteruskan dengan dua lagi gol ketika aksi Liga Super menentang Kedah tetapi Melaka dikecewakan dengan kekalahan 4-2.

"Sudah tentu apabila anda menjaringkan gol, tahap keyakinan akan meningkat naik. Ia sekaligus memberikan anda semangat positif untuk perlawanan yang akan datang.

"Saya akan memberikan yang terbaik untuk pasukan dan melakukan segala arahan jurulatih serta membantu rakan sepasukan," katanya.

Dalam pada itu, Simic percaya Melaka mampu kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan walaupun ketika ini mereka bergelut dalam zon penyingkiran.

Jelasnya lagi, beberapa pemain baharu sudah semakin membentuk persefahaman yang baik di samping kemampuan taktikal pengendali, Eduardo Almeida, untuk meraih keputusan positif buat Melaka.

"Pasukan mempamerkan persembahan yang baik, malangnya kami terlalu banyak bolos dalam perlawanan yang lalu dan tewas.

"Tetapi kami yakin akan bangkit dalam perlawanan ini kerana kami berjaya mencetus banyak peluang jaringan. Ini juga peluang terbaik kami meraih tiga mata untuk kekal dalam Liga Super."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video