Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Simeone sindir kejayaan Ronaldo rangkul anugerah Ballon d'Or

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

-look-who-won-the-ballon-d-or-prickly-simeone-insists-only-results-matter.jpg

Diego Simeone menyindir Cristiano Ronaldo susulan kejayaan pemain itu meraih anugerah Ballona D'Or 2016 selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Real Betis.

Anugerah itu, yang ditentukan menerusi undian oleh jurulatih antarabangsa termasuk kapten pasukan dan wartawan, telah dimenangi oleh Ronaldo buat kali keempat dengan ramai berpendapat kejayaan meraih kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah bersama Real Madrid dan Euro 2016 bersama Portugal menjadi faktor utama.

Simeone menggunakan pandangan itu untuk menafikan kritikan yang dilontarkan terhadap anak buahnya susulan aksi hambar dalam perlawanan pada Sabtu.

Apabila ditanya sama ada dia berasakan bahawa hanya kemenangan yang paling mustahak, Simeone menjawab:"Adakah kamu mempersoalkan sama ada meraih kemenangan itu penting atau tidak? Lihat siapa yang menang anugerah Ballon d'Or."

Kenyataan tersebut menjurus kepada Ronaldo yang padanya terlalu mementingkan kejayaan individu berbanding kejayaan sebagai satu pasukan.

Pada masa sama, Simeone turut tidak berpuas hati dengan sorakan hambar penyokong di Vicente Calderon.

"Saya telah bermain selama lima tahun di sini dan menjadi jurulatih selama lima tahun jadi saya tahu segalanya mengenai pasukan ini.

"Apabila penyokong mendiamkan diri, keadaan itu menyakitkan hati saya.

"Saya tidak suka apabila penonton diam."

Advertisement

Must Watch Video