Skip to main content

Bola Sepak

Simeone label Atletico Madrid makin mantap

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

diego-simeone-atletico.jpg
Diego Simeone tidak ambil kisah tentang tanggapan peminat Atletico Madrid terhadapnya selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) sambil menegaskan dia hanya fokus kepada masa depan.

Rojiblancos tersingkir daripada saingan kelab utama Eropah itu selepas seri 2-2 dengan Bayer Leverkusen Khamis lalu yang menyaksikan Yannick Carrasco gagal dalam sepakan penalti dalam masa kecederaan. 

Atleti yang menguasai tangga ketiga sedang mengekori pendahulu LaLiga, Real Madrid, yang berkelebihan lapan mata menjelang kunjungan ke Cadiz, malam ini. 

Sungguhpun Simeone menuntut kebangkitan anak buahnya hujung minggu ini, ketua jurulatih Atleti itu tidak mengambil pusing mengenai pendapat penyokong.

"Saya rasa kami perlu beraksi dengan hebat, kami perlu terus bekerja dan memberikan segala-galanya sebaik kami turun," katanya.

"Saya tidak memikirkan apa-apa selain apa perlawanan ini. Saya tidak peduli mengenai apa yang mereka fikirkan tentang saya. Ia tidak akan berakhir hari ini."
 
Malah, Simeone menegaskan pemainnya tidak boleh lagi meratapi kegagalan kempen mereka dalam UCL.

"Segalanya menunjukkan kemajuan," tambahnya. 

"Saya masih menganggap kami telah memperagakan corak permainan yang menarik, dapat mengenal pasti kemampuan sendiri dan bertambah mantap."

Pengurus dari Argentina itu juga tidak mahu mengulas panjang mengenai rakaman video membabitkan Joao Felix berpesta selepas perlawanan Leverkusen.

"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan tentang kehidupan peribadinya," katanya. 

"Jika saya mempunyai sesuatu untuk dikatakan, saya akan memberitahunya. Tapi saya tidak akan mendedahkannya kepada sesiapa. Ia adalah isu dalaman."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video