Skip to main content

Bola Sepak

Simbah asid: ASEAN bersolidariti sokong Faisal Halim, Akhyar Rashid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal-akhyar.jpg
Media-media ASEAN ketika ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap dua pemain kebangsaam, Faisal Halim dan Akhyar Rashid.

Semalam, bintang Selangor, Faisal Halim, cedera di sebahagian besar badannya selepas disimbah asid dua individu yang tidak dikenali di Damansara.

Akhyar sebelum itu turut menjadi mangsa samun dan pukul sehingga menerima jahitan di kepala dan kakinya.

Berita berkenaan turut menarik perhatian peminat bola sepak di seluruh rantau ini, bahkan kedua-dua pemain berkenaan turut menerima sokongan moral daripada media-media serantau.

ASEAN FOOTBALL dalam satu hantarannya berkata: "Malaysia dikejutkan dengan pemain bintang Selangor, Faisal Halim, cedera di muka dan badan dan dipercayai disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

"Pemain Sayap Terengganu, Akhyar Rashid, juga cedera di kepala dipercayai dipukul dan disamun.

"Kami mengutuk segala kekasaran terhadap pemain dan jurulatih, sama ada di dalam atau di luar padang. Kami berdiri bersama anda dan harap anda akan segera sembuh."
 
Media Indonesia, GARAGARABOLA, turut mendoakan dua pemain itu degan berkata: "Get well soon untuk dua pemain kebangsaan Malaysia, Faisal Halim dan Akhyar Rashid, yang mengalami hal tidak menyenangkan. 

"Dua hari lepas, ada percobaan perampokan disertai pemukulan kepada Akhyar, petang ini Mickey Halim dilempari cairan kimia berbahaya. Pray for them!"
 
Media Thailand, All Things Thai Football, pula mengutuk sekeras-kerasnya dua insiden itu.

"Serangan ke atas Faisal Halim dan Akhyar Rashid amat pengecut dan tidak bertamadun.

"Tiada ruang buat keganasan dalam sukan dan komuniti kita. Mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.

"Ayuh bersatu dalam bersolidariti untuk menunjukkan sokongan buat Faisal dan Akhyar sepanjang waktu mencabar ini.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video