Pablo Zabaleta percaya David Silva adalah pemain terbaik dalam sejarah Manchester City.
Silva menyertai City dari Valencia pada 2010 dan menjadi pemain yang berpengaruh di Stadium Etihad, dengan dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dua gelaran Piala EFL dan Piala FA adalah kejayaan yang diraihnya.
Pemain berusia 31 tahun itu membuat penampilan ke-300 buat kelab ketika City meraih kemenangan 3-1 ke atas Hull City kelmarin dan Zabaleta menekankan kepentingan Silva.
"Saya boleh bercakap mengenai Silva sepanjang hari kerana saya amat suka kepadanya. Buat saya, dia adalah pemain terbaik City," kata Zabaleta.
"Dia juga merupakan pemain pilihan saya. Saya sangat bertuah dapat beraksi dengannya kerana dia merupakan pemain yang berkualiti.
"Silva adalah pemain yang menakjubkan dan istimewa. Kami amat bertuah memiliki Silva di kelab ini."