Skip to main content

Bola Sepak

Silva miliki kualiti setaraf Xavi, Iniesta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

davidsilva-cropped.jpg
Pemain tengah Manchester City, Yaya Toure, menekankan kepentingan David Silva di Stadium Etihad dan menyifatkan pemain kebangsaan Sepanyol itu sama seperti Andres Iniesta dan Xavi.

Toure beraksi bersama Xavi dan Iniesta ketika bersama Barcelona dan berasakan Silva memiliki kualiti yang sama seperti gandingan itu.

Silva yang menyertai City dari Valencia pada 2010 telah membuat 300 penampilan buat kelab dalam semua kejohanan ketika meraih kemenangan 3-1 ke atas Hull City.

"Saya telah bermain bersama-sama Xavi dan Iniesta, dia (Silva) memiliki kualiti yang sama," kata Toure.

"Dia merupakan pemain yang penting buat kelab dan saya sangat gembira dia sudah mencecah 300 perlawanan. Kami amat menghargai usahanya dan sangat bertuah beraksi di sampingnya.

"Dia merupakan pemain yang berkeyakinan dan banyak pengalaman."

Advertisement

Must Watch Video