SERIE A
Silva: AC Milan boleh menang Serie A
Pemain baru, Andre Silva, percaya AC Milan mempunyai kualiti untuk menamatkan dominasi Juventus dan memenangi Serie A.
Milan meneruskan kerja yang mengagumkan dalam jendela perpindahan dengan menyambar bintang Portugal, Silva, dari Porto dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak €38 juta (RM181 juta).
Silva menyertai Mateo Musacchio, Ricardo Rodriguez dan Franck Kessie untuk melalui pintu di San Siro dan penyerang berusia 21 tahun itu bersedia untuk Scudetto, yang telah dimenangi Juve enam musim berturut-turut.
Iklan
"Saya memilih Milan kerana mereka kelab yang mempunyai sejarah yang besar dalam Liga Juara-Juara. Saya gembira kerana Milan mahukan saya dan saya tidak boleh melepaskan peluang ini," kata Silva kepada Milan TV selepas kelab gergasi Itali itu menamatkan kempen di tempat keenam musim lalu.
"Saya harap dapat membantu Milan pada musim akan datang.
"Dengan tahap pasukan, saya harap memenangi Liga, memenangi perlawanan seberapa banyak yang mungkin. Secara peribadi, saya mahu melakukan yang terbaik untuk membantu Milan mencapai objektifnya.
Pemain antarabangsa Portugal, Silva -- yang mencipta tujuh gol dalam lapan perlawanan antarabangsa -- menjaringkan 21 gol dalam 41 penampilan dalam semua pertandingan untuk Porto pada 2016/17.
Must-Watch Video