Skip to main content

Bola Sepak

Sikap pemain punca Petaling Jaya City rebah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pj-city-fc.jpg
Melaka United menundukkan ego Petaling Jaya City FC di Stadium MBPJ hasil kemenangan 2-1 dalam aksi Liga Super, malam tadi. 

Kedua-dua pasukan terdesak untuk mengutip tiga mata, namun Petaling Jaya City yang dilabel sebagai 'giant killer' akhirnya tunduk dengan keampuhan skuad asuhan Zainal Abidin Hassan itu.

Walaupun tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Pedro Henrique pada minit ke-13, itu bukanlah jaminan kemenangan.

Jaringan penyamaan yang dihasilkan Luka Milunovic pada minit ke-36 menjadi titik tolak kepada kemenangan Melaka.

Jang Suk-won muncul penjaring kemenangan skuad Hang Tuah menerusi jaringan pada minit ke-45.

Biarpun ada usaha daripada Petaling Jaya City untuk mengelak kekalahan, namun tuan rumah itu gagal menemui penyudah berkesan. 

Jurulatihnya, K. Devan, tidak menolak sikap pemainnya sendiri menjadi punca kekalahan itu. 

"Kami bermula dengan baik dalam babak pertama dan menghasilkan gol. 

"Selepas jaringan itu, barisan pemain saya macam sudah berpuas hati," katanya. 

Sementara itu, Zainal yang lega apabila pasukannya melonjak ke tangga keempat pula berkata: "Walaupun ketinggalan 0-1, barisan pemain mengikut disiplin permainan separuh masa pertama. 

"Mereka bangkit dengan satu gol lagi walaupun sebelum itu terlepas beberapa peluang."
 

Advertisement

Must Watch Video