Skip to main content

Bola Sepak

Sikap pemain bantu Selangor raih kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor_1.jpg
Selangor membuktikan keunggulan dengan penuh bergaya apabila membelasah Melaka United 4-1 dalam aksi Liga Super 2018 di Stadium Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Muhd Syahmi Safari dan Rufino Segovia del Burgo masing-masing menjaringkan dua gol untuk memadamkan gol sagu hati pelawat hasil sepakan percuma Tiago Gomes.

Bagi penolong jurulatih Selangor, Nazli Nasir, kejayaan itu adalah hasil daripada sikap barisan pemain Red Giants yang sentiasa mempercayai kemampuan diri sendiri.

"Pujian harus diberikan kepada pemain-pemain. Tiada sebarang keajaiban tetapi sikap mereka yang mempercayai kepada kemampuan diri sendiri membolehkan kami meraih tiga mata," kata Nazli.

Sementara itu, bagi ketua jurulatih Melaka, Eduardo Almeida, kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak buahnya memaksa mereka menelan kekalahan pertama pada musim ini.

"Kami melakukan kesilapan dan masalah komunikasi antara bahagian tengah dan penjaga gol membolehkan lawan mencipta jaringan. 

"Selepas Selangor menambah gol, kami mula hilang keyakinan, sekali gus membuka lebih banyak ruang buat lawan," ujar Almeida.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video