HUDDERSFIELD TOWN 1 WOLVES 0
Pengurus Huddersfield Town, Jan Siewert, berasa amat bangga sebaik Steve Mounie menjaringkan gol pada saat-saat akhir perlawanan untuk membantu pasukan meraih kemenangan pertama dengan menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 di Stadium John Smith's dalam Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Pengurus kelahiran Jerman itu menggantikan David Wagner, hujung bulan lalu, namun sejak tempoh itu, dia gagal membantu Huddersfield memperoleh kemenangan dengan tewas keempat-empat perlawanan pertamanya.
Dalam aksi awal pagi tadi, dia melakukan lapan pertukaran berbanding ketika pasukannya ditewaskan Newcastle United 0-2, Sabtu lalu.
Huddersfield kelihatan akan meraih keputusan seri tanpa jaringan, namun usaha mereka di penghujung perlawanan membuahkan hasil apabila Mounie menghasilkan penyudah jarak dekat selepas bola percubaan awal Karlan Grant terbias kepadanya.
Jaringan itu memastikan Huddersfield meraih kemenangan liga pertama mereka sejak menewaskan lawan sama November lalu dan turut menamatkan lima kekalahan berturut-turut mereka.
Kejayaan itu jelas memberikan kegembiraan buat Siewert.
"Saya hanya memikirkan tentang pemain-pemain saya. Mereka membuatkan saya penuh bangga. Mereka layak untuk menang," katanya kepada BBC.
"Saya berasakan kami semua boleh berbangga dengan Huddersfield. Saya tidak tahu apa yang saya rasa (apabila jaringan itu terhasil). Saya hanya berfikir tentang berapa minit lagi perlawanan akan tamat. Saya hanya mahu kami bertahan.
"Saya katakan kepada mereka pada separuh masa, kami mungkin akan hanya mendapat satu percubaan dan kami perlu memastikan ia menghasilkan gol. Saya tidak dapat percaya kehebatan penyokong kami. Saya hanya terlalu gembira untuk mereka.
"Saya sudah bekerjasama dengan pemain-pemain ini sejak empat minggu lalu. Hari ini saya perlu membuat keputusan (menggugurkan sebahagian pemain). Apa yang penting adalah kami tahu apa yang akan tiba selepas ini. Kami hanya perlu terus berusaha.
"Pemain saya amat kecewa selepas ditewaskan Newcastle. Bukan hanya secara fizikal tetapi juga minda mereka. Disebabkan itu, saya menurunkan pemain lain hari ini," katanya.
Kekalahan kepada Huddersfield menyaksikan Wolves menamatkan rekod lapan perlawanan tanpa kalah mereka dalam semua kejohanan musim ini.
Walaupun kekal di tangga kelapan, pengendali pasukan, Nuno Esprito Santo, mahu pasukannya bangkit dalam kunjungan ke Cardiff City, Sabtu ini.
"Ia perlawanan yang sukar dan bukan prestasi terbaik kami, namun pujian perlu diberikan kepada Huddersfield kerana semangat melawan mereka.
"Kami menamatkan rekod yang baik, namun kami perlu bangkit.
"Kami perlu pastikan apa yang berlaku hari ini tidak akan berulang," katanya.