Skip to main content

Bola Sepak

Siapakah bintang Liga Australia, bekas pemain kelab EPL sertai Selangor?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zach.jpg
Persiapan pasukan Selangor menjelang musim hadapan semakin digeruni apabila dikhabarkan seorang arkitek telah memeterai perjanjian bersama Gergasi Merah sebagai pemain baharu.

Kemasukan Pitcha Autra, Chrigor Moraes termasuk bekas penyerang Kedah, Willian Lira, selaku tonggak import bakal ditambah dengan kehadiran bintang Liga Australia, Zach Clough, pasti menjadi sandaran ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi.

Bekas pemain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest, itu menjadi khabar angin terkini bakal menandatangani kontrak bersama naib juara Liga Super itu seperti yang diumumkan di sosial media. 

Namun, sehingga ini masih belum ada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak.

 

Zach Clough yang merupakan pemain Adelaide United difahamkan menjadi pengganti Yohandry Orozco dan memiliki statistik persembahan mengagumkan sepanjang kariernya. 

Pemain berusia 30 tahun ini telah merekodkan 7 gol dan melakukan 9 bantuan jaringan dalam 27 penampilan untuk membantu Adelaide United berada di tangga ke-6 liga Australia.

Dia juga pernah mewakili Bolton Wanderers dan Wigan Athletic sebelum ini.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video