Skip to main content

Bola Sepak

Siapa sangka, JDT ada 2 Arif Aiman! Permata baru curi tumpuan peminat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aa50.jpg
Nama sama tapi bukan dia, Johor Darul Ta'zim (JDT) ada dua Arif Aiman!

Bakal penyambung legasi bintang pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) sebanyak empat kali. 

Inilah dia, Arif Aiman Za'aba yang merupakan ketua pasukan skuad JDT IV yang beraksi dalam Piala Belia 2025 ketika ini dan sedang mencipta sensasi tersendiri. 

Berusia 18 tahun dan memakai jersi bernombor 50, Arif Aiman mencuri tumpuan peminat tempatan apabila menjadi salah seorang penjaring gol ketika membantu skuad kendalian Shariman Che Omar meraih kemenangan kelapan menewaskan PDRM. 

 

Saingan akar umbi itu menyaksikan JDT IV menduduki tempat pertama, sambil dikejar Selangor.

Ada yang sudah memberi julukan bahawa di adalah Arif Aiman Junior (Jr). 

Sudah pasti, ia adalah cerita menarik apabila kelab terbaik Malaysia itu kini memiliki dua Arif Aiman dengan nama yang sama sedang menggegar pentas bola sepak tempatan. 

Arif Aiman Hanapi antara tonggak digeruni dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), selain menjadi nadi utama Harimau Malaya dan merupakan tunjang skuad tertinggi JDT. 

Kini, Arif Aiman Za'aba pula mahu mencipta nama yang sama di bawah naungan akademi Harimau Selatan. 

Bayangkan, dua Arif Aiman bergabung dalam satu pasukan suatu hari nanti! 

 

Advertisement

Must Watch Video