Siapa punya kerja ni?
Mei 28, 2024 12:21 MYT
Satu isu tular di media sosial apabila terdapat berita mengenai sebuah pintu masuk di Stadium MBPJ mengalami kerosakan akibat perbuatan segelintir penyokong yang tidak bertanggungjawab.
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Ia berlaku ketika hari pertemuan naib juara Liga Super 2023, Selangor bertemu pasukan pelawat, Negeri Sembilan, yang dihadiri lebih daripada 10,000 peminat tempatan.
Berikutan perkara itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka siasatan dan sedang mengesan punca yang mendorong kepada perbuatan tidak bermoral itu.