Skip to main content

Bola Sepak

Shukor Adan mungkin tidak akan pecahkan rekod pemain tertua Liga Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shukor-adan.jpg
Bekas kapten skuad negara, Shukor Adan, berkemungkinan tidak akan memecahkan rekod pemain tertua beraksi dalam saingan Liga Malaysia seandainya misinya bersama Kuala Lumpur United FC musim depan tercapai.

Bagaimanapun, jika perkara sebaliknya berlaku, pemain berusia 41 tahun itu bersedia untuk mengatasi rekod penjaga gol era 1990an dan awal 2000, V. Murugan -- rekod diturunkan beraksi pada usia 43 tahun ketika mewakili Melaka.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, Shukor berkata: "Misi saya tahun depan adalah untuk membantu KL mendapatkan pencapaian yang amat baik dalam Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA. Semua faham bahawa KL sudah agak lama tidak rasa suasana final Piala FA dan Piala Malaysia.

"Sasaran saya tahun depan, dengan kehadiran Safee Sali, Hadin Azman dan segelintir pemain baru, saya rasa dapat memperkuatkan pasukan Kuala Lumpur.

"Walaupun dengan usia saya yang sudah agak lewat, saya yakin masih mampu untuk membantu pasukan Kuala Lumpur.

"Sebenarnya pemain-pemain lama ini, kita tidak boleh menganggap mereka pemain yang sudah tua. 

"Kami adalah pemain yang boleh membantu dan membimbing pemain generasi baru ini untuk mencapai tahap sepertimana kami beraksi.

"Contohnya Safee Sali yang pernah bermain di Indonesia, Indra Putra (Mahayuddin) dengan rekod penjaring terbanyak dalam liga kita dan saya mungkin pemain (paling) senior.

"Saya fikir buat pemain yang berada di Kuala Lumpur, jangan segan untuk menimba ilmu dengan pemain yang lebih usia seperti kami.

"Walaupun kudrat kami tidaklah sebaik pemain muda tetapi daripada pengalaman di tengah padang mungkin dapat membantu pemain yang ada sekarang," katanya.

Mengulas lanjut, Shukor menambah: "Bola sepak adalah jiwa saya sejak kecil, jadi istilah bersara itu, saya akan umumkan juga satu hari nanti.

"Kalau boleh sebagai pemain bola sepak, sebelum kita menggantungkan kasut, saya mahu membantu sebuah pasukan mencapai sesuatu agar ia menjadi satu kenangan yang membanggakan sebelum saya tutup buku sejarah saya dalam bola sepak.

"Sejarah itu tidak boleh dijual beli. Jadi, tahun depan akan menjadi penentu sama ada saya akan bersara atau tidak," tambahnya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video