Skip to main content

Bola Sepak

Shopee Cup: Selangor hampir rentap ego Buriram

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chrigor-moraes.jpg

BURIRAM 1 SELANGOR 1 

Perlawanan pembukaan Kumpulan A, Kejohanan Kelab ASEAN, Piala Shopee di Chang Arena, sebentar tadi menyaksikan penguasaan yang seimbang di antara Selangor dan tuan rumah, Buriram United. 


Dan di sebalik kesukaran menterjemah serangan, Selangor akhirnya berhasil memanfaatkan satu-satunya percubaan tepat dalam babak pertama untuk memimpin kedudukan pada minit-38 menerusi penyerang dari Brazil, Chrigor Moraes.

Kelebihan jaringan yang berpunca daripada gerakan Nooa Laine juga memaksa Buriram meningkatkan tempo permainan dalam usaha mencari jaringan penyamaan hingga menyaksikan hampir 20 percubaan dilancarkan...

Namun, kubu dikawal rapi Kalamullah Al-Hafiz itu roboh jua ketika memasuki minit ke-6 masa kecederaan oleh ledakan pemain import dari Austria, Peter Zulj, sekali gus membawa pulang satu mata sebelum menerima kunjungan Tampines Rovers pada 24 September depan. 

 
Redoxon

Kekal Kuat, Bangkit Semula

Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu pertahanan badan anda supaya terus aktif walaupun berdepan cabaran.


Dapatkan Redoxon Sekarang

Advertisement

Must Watch Video