Shevchenko tidak mengemudi sebarang pasukan selepas menamatkan tempoh lima tahun bersama pasukan negara kelahirannya, Ukraine, yang buat kali pertama layak ke suku akhir Euro 2020 pada Julai lalu.
Legenda AC Milan itu -- yang mengikat kontrak sehingga 2024 -- mengambil alih pada ketika Genoa hanya dipisahkan satu anak tangga daripada zon penyingkiran berdasarkan kelebihan jaringan ke atas Sampdoria selepas 12 perlawanan.
Ia selepas jurulatih terdahulu, Davide Ballardini, dipecat susulan terikat 2-2 dengan Empoli pada Jumaat lalu.
Tugasan pertama Shevchenko adalah membawa pasukan itu menentang pasukan yang dibimbing Jose Mourinho, AS Roma, selepas waktu rehat antarabangsa pada 21 November ini.
?? Andriy #Shevchenko è il nuovo allenatore del Genoa. Benvenuto, mister!
— Genoa CFC (@GenoaCFC) November 7, 2021
???? @jksheva7 is the new Genoa head coach.
?? #Шевченко
? https://t.co/dYPIG2X5fp pic.twitter.com/oxYMb2kcLc