Skip to main content

Bola Sepak

Sherman, Endrick kunci pelengkap skuad KL City, kata ketua jurulatih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

risto.jpg
Ketua jurulatih KL City, Risto Vidakovic, menganggap kehadiran dua pemain import, Kpah Sherman dan Endrick dos Santos sebagai pelengkap pasukannya yang sedang giat menjalani pembentukan bagi saingan musim depan.

Dengan kelebihan kedua pemain itu yang sudah mengenali Liga Malaysia sebelum ini, ia memudahkan kerja Vidakovic yang tidak mahu mengambil masa terlalu lama bagi menjalin keserasian pemainnya.

Sungguhpun begitu, Vidakovic bertegas tiada jaminan mudah untuk KL City dilabel sebagai pasukan mampu cemerlang musim depan.

Malah nama-nama besar yang dimiliki KL City ketika ini tidak bermakna apa-apa jika kelebihan itu gagal diterjemah di atas padang.

Ketika pemerhati bola sepak tanahair teruja melihat 'kegilaan' pengurusan KL City membawa pemain ke dalam pasukan bagi Vidakovic, perkara utama yang mahu dilihat -- ada kemampuan pemain itu sendiri di atas padang, bukan sekadar cerita dan kaliber yang pernah dipegang sebelum ini semata-mata.
 

Advertisement

Must Watch Video