Skip to main content

Bola Sepak

Sheffield United jamin tiket EPL musim depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sheffield-united.jpg
Sheffield United dipromosi ke Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila kejayaan menumbangkan West Bromwich Albion 2-0 di Bramall Lane, awal pagi tadi. 

Gol separuh masa kedua daripada Sander Berge dan Anel Ahmedhodzic memberikan The Blades kemenangan yang amat didambakan bagi tiket automatik.

Dua tahun dan sembilan hari selepas mereka disingkirkan, The Blades memastikan mereka kembali ke divisyen utama dengan baki tiga perlawanan. 

 
Dengan Burnley sudah pun merangkul kejuaraan pada malam sebelumnya, skuad bimbingan Paul Heckingbottom itu sedar bahawa tiga mata sudah memadai untuk membolehkan mereka menjamin tempat. 

Sementara itu, The Baggies pula kekal di kedudukan kesembilan dan dua mata dipisahkan dengan pusingan play-off.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video