Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Sharel cetus kemenangan PKNP FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

abu-bakar-fadzim.jpg
Ketua pasukan PKNP FC, Muhammad Sharel Fikri, terus mempamerkan aksi berbisa apabila meledak gol kemenangan di penghujung perlawanan bagi membantu pasukannya mengecewakan PDRM 2-1 dalam aksi Liga Perdana di Ipoh, semalam.

"Saya berterima kasih kepada Shahrel.  Dia selalu berada di posisi dan masa yang sesuai.  Bukan sekali dia menyumbang gol sebegini", jelas ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim.

"Memang kami mahu menang. Selain mempertahankan rekod bersih di sini (Ipoh), kami turut layak secara automatik ke Piala Malaysia".

Bagi Shahrel pula, kemampuannya mengecewakan pihak lawan dibantu komitmen rakan sepasukan.

Kata Sharel, "Keputusan sebegini dicapai kerana komitmen tinggi yang diperjuangkan oleh semua pemain. Selagi wisel penamat tidak ditiupkan, selagi itu kami akan berjuang".

Sementara itu, menyentuh pertemuan suku akhir kedua menentang Kedah nanti, Abu Bakar berkata, "Kedah di kelas tersendiri. Tewas di Alor Setar tetapi di sini (Ipoh), kami akan berjuang. Sekurang-kurangnya mengekalkan rekod tanpa kalah di halaman sendiri".

Advertisement

Must Watch Video