Xherdan Shaqiri melengkapkan perpindahannya ke Chicago Fire selepas hanya enam bulan menyertai Lyon, demikian umum kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) itu.
Penyerang Switzerland itu meninggalkan Liverpool selepas tiga tahun untuk berkelana ke Ligue 1 dengan kontrak tiga tahun pada Ogos lalu, tetapi dia akhirnya memutuskan untuk beralih angin ke kancah di Amerika Syarikat.
Shaqiri membuat sembilan permulaan Ligue 1 dengan melakar dua jaringan liga dan mencipta tiga bantuan gol dalam liga utama Perancis.
Chicago Fire, yang menduduki tempat ke-12 dalam Persidangan Timur yang merangkumi 14 pasukan MLS musim lalu, mengumumkan pemain sayap itu telah menandatangani perjanjian selama tiga tahun bersama francais itu, sekali gus muncul pemain termahal kelab itu tanpa mendedahkan butirannya.
"Kami amat berbesar hati untuk secara rasminya mengalu-alukan Xherdan Shaqiri ke Fire," kata Pengarah Sukan Chicago Fire, Georg Heitz.
"Xherdan merupakan pemain yang mampu mengubah permainan dan seseorang yang akan membawa kegembiraan kepada penyokong kami dan bandar Chicago.
"Sebagai salah seorang atlet Switzerland paling berjaya dalam generasinya, Xherdan menyertai kami pada detik yang sangat penting dan memiliki kepercayaan penuh untuk mencapai sasaran kami. Kami berharap dapat menyambutnya dan keluarganya di Chicago tidak lama lagi."
Shaqiri bakal menyarungkan jersi nombor 10 bersama kelab barunya itu.

Welcome to Chicago, @XS_11official! ? #cf97
— Chicago Fire FC (@ChicagoFire) February 9, 2022