Skip to main content

Bola Sepak

Shahrel Fikri terbeban hingga gagal buru Kasut Emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahrel-fikri.jpg
Sehingga tidak boleh tidur, kata penyerang Perak, Shahrel Fikri Fauzi, yang mengakui terbeban dalam pemburuan Anugerah Kasut Emas Liga Super 2020 tatkala perlu beraksi dalam kesakitan ketika menentang Kedah dalam perlawanan terakhir di Ipoh semalam.

Selepas gagal membantu skuad The Bos Gaurus itu meraih kemenangan -- yang menyaksikan mereka turut terlepas gelaran naib juara musim ini -- penyerang negara itu mengakui kecewa dan terkilan kerana peluangnya untuk  mengulangi pencapaian Indra Putra Mahayuddin pada 2004 berkubur begitu sahaja.

Shahrel Fikri berpeluang untuk menambah koleksi jaringannya dalam perlawanan menentang Kedah itu tetapi sepakan penaltinya -- selepas Firdaus Saiyadi dijatuhkan Rizal Ghazali --  diselamatkan penjaga gol Kedah, Azri Abdul Ghani.

Mengulas mengenai perkara itu, dia berkata kepada Nadi Arena: "Bagi saya ia memang satu beban sebab kedua-duanya penting, untuk menjadi pemain tempatan pertama selepas Indra Putra memenangi Kasut Emas dan beban untuk mencari tiga mata buat Perak bagi mendapatkan tiket ke peringkat Asia.

"Saya perlu pilih salah-satu tetapi kedua-duanya amat penting.

"Bagi saya, ia memang satu beban tetapi boleh dikatakan bukan rezeki saya semalam.

"Saya menonton perlawanan pasukan lain setiap malam, lebih-lebih lagi apabila perlawanan Selangor menentang Felda (United).

"Apabila melihat Ifedayo dapat menjaringkan hatrik, dia sudah lebih dua gol mengatasi saya.

"Jadi, pada malam itu, memang saya tidak boleh nak tidur kerana memikirkan untuk menjaringkan tiga gol.

"Saya juga berfikir adakah saya akan mendapat sepakan penalti ketika menentang Kedah atau tidak.

"Saya takut apabila saya ambil sepakan penalti itu tidak masuk. Perkara itu semua sudah bermain dalam fikiran saya.

"Memang ia merupakan satu tekanan buat saya dalam perlawanan semalam," katanya.

Mengenai kecederaannya, Shahrel Fikri menambah: "Nak cakap alasan tidak juga kerana saya memang seorang pejuang.

"Walaupun sakit di bahagian kelangkang di kiri dan kanan, saya masih bersemangat untuk mengejar kedua-dua misi itu semalam tetapi nak buat macam mana, memang sudah tiada rezeki.

"Saya sudah mencuba sedaya-upaya untuk membantu pasukan.

"Saya berasa kecewa kerana kedua-duanya lebur begitu sahaja. Saya tidak dapat menang Kasut Emas dan tidak dapat membantu Perak ke peringkat Asia," katanya lagi.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video