Skip to main content

Bola Sepak

Shafiq seru Kelantan waspada cabaran MISC-MIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shafiq.jpg
Penyerang Kelantan, Shafiq Shaharudin, mahu rakan sepasukannya menjadikan kekalahan Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada MISC-MIFA sebagai amaran buat mereka agar tidak ditimpa nasib sama malam esok.

Kelantan akan berkunjung ke laman lawan bagi perlawanan kedua Kumpulan C, Piala Malaysia menentang pasukan MISC-MIFA yang hadir selaku wakil daripada Liga Perdana.

Ia menjadi pertemuan yang disasarkan untuk meraih mata penuh tatkala pencabar lain seperti JDT dan Kedah tampil selaku pasukan pilihan.

Bagaimanapun, misi The Red Warriors pastinya bukan mudah memandangkan MISC-MIFA melakar kemenangan luar biasa ke atas JDT 2-1 di Larkin, Ahad lalu.

"Bagi saya, peluang seimbang kerana lawan juga mengejutkan JDT. Kami tidak boleh mengambil mudah cabaran mereka. 

"Walaupun hadir daripada Liga Perdana, mereka mampu mengejutkan JDT. Sebelum ini kami seri, jadi kami akan cuba mencatat kemenangan," katanya.

Kudrat bekas penyerang JDT II itu sudah pasti ditagih untuk mengetuai jentera serangan pasukannya dalam pertemuan di Stadium Petaling Jaya malam esok walaupun gagal memberikan impak ke atas Kedah dalam aksi sebelum ini.

"Semua orang mahu menjaringkan gol tetapi secara peribadi, jaringan adalah bonus. Apa yang penting adalah kemenangan pasukan.

"Kami perlu mengekalkan momentum permainan."

Advertisement

Must Watch Video