Sevilla dan Girona makin hampir untuk kekal dalam LaLiga untuk musim depan selepas masing-masing memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Las Palmas dan Real Valladolid, awal pagi tadi.
Gol Cristian Stuani pada minit ke-80 sudah cukup untuk memacu Girona mengatasi Valladolid yang sudah tersingkir selepas Paulo Gazzaniga tangkas menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.
Sevilla pula menolak Las Palmas lebih dekat ke Divisyen Segunda menerusi kemenangan sulung dalam tempoh dua bulan yang menyaksikan Alvaro Garcia menanduk masuk gol tunggal perlawanan pada awal separuh masa kedua pertemuan di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan.
Keputusan itu bermakna jika Leganes -- kini di tangga ke-18 -- kecundang di Villarreal awal pagi esok, maka kedua-dua Sevilla dan Girona akan terselamat secara matematik.
Sementara itu, harapan Real Sociedad -- selepas tumbang 0-1 kepada Celta Vigo -- ke saingan Eropah akan terpadam sekiranya Rayo Vallecano menewaskan Real Betis.

BIG THREE POINTS ?#SevillaFCLasPalmas pic.twitter.com/hnCkBpt1bi
— Sevilla FC (@SevillaFC_ENG) May 13, 2025