BOLA SEPAK
Setien sedia kembali ke Nou Camp
Quique Setien menegaskan dia bersedia untuk kembali ke Barcelona setelah pengalaman "luar biasa" di pucuk pimpinan gergasi LaLiga itu.
Setien mengendali Barca Januari tahun ini hingga akhir musim 2019-20, musim yang diakhiri tanpa sebarang gelaran serta dimalukan Bayern Munich dengan kekalahan 8-2 dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Pengendali berusia 62 tahun itu, yang menyaman kelab itu, bercakap mengenai pengalamannya di Nou Camp dan sedia untuk kembali.
Iklan
"Pengalamannya sungguh luar biasa," kata Setien, melalui Marca.
"Memang benar bahawa kami tidak menikmati apa yang kami mahukan.
"Tentu sahaja saya akan kembali ke Barcelona dan saya tidak akan menyesal dengan apa yang berlaku, sama sekali tidak."
Setien tanpa sebarang kelab sejak dipecat oleh Barcelona Ogos lalu.
Bekas jurulatih Real Betis dan Las Palmas itu mengatakan bahawa dia memerlukan masa selepas pemecatannya.
"Saya sudah mengatasi duka yang harus saya lalui atas apa yang berlaku di Barcelona," kata Setien.
"Tetapi ini adalah kemalangan, satu perkara yang anda perlu ambil sebagai tugas anda."
Must-Watch Video