Skip to main content

Bola Sepak

Setien mahu sambar Neymar, Martinez

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

neymar-cropped_7g81yw0fn0071suinmu0uyl8x.jpg
Pengurus Barcelona, Quique Setien, tidak mahu memilih seorang di antara Neymar dan Lautaro Martinez tetapi gembira untuk memiliki kedua-duanya.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, dan penggempur Inter Milan, Martinez, dikaitkan dengan perpindahan menyertai gergasi LaLiga itu.

Tiga tahun lalu, Neymar meninggalkan Barca untuk ke PSG sambil Martinez jelas menyinar bersama Inter, musim ini.

Namun, ditanya siapa yang lebih baik untuk Barcelona, Setien memberitahu El Larguero: "Kedua-duanya kerana mereka adalah pemain hebat."

Neymar melengkapkan perpindahan termahal dunia bernilai EUR222 juta (RM1.08 bilion) pada 2017 tetapi kini dikaitkan untuk kembali ke Sepanyol.

Setien -- yang memimpin pasukannya mengungguli carta LaLiga sebelum saingan ditangguhkan ekoran wabak coronavirus -- berkata sukar untuk membawa semula bintang Brazil itu ke Camp Nou.

"Semua pemain hebat, sudah tentu saya sukakan mereka," tambahnya.

"Neymar salah seorang daripada mereka tetapi kadangkala, anda perlu memikirkan perkara yang logik.

"Kami tahu barisan bintang ini memerlukan wang yang banyak dan tidak mudah untuk mendapatkan khidmat mereka."
 

Advertisement

Must Watch Video