Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Setiausaha Kehormat MCFA nafi dilucut jawatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mcfa.jpg
Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), Edwin Tang Chee Hong, menafikan jawatannya telah dilucutkan dalam sebuah mesyuarat sebelum ini.

Kenyataan itu menjawab kepada laporan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, bahawa MCFA memutuskan untuk melucutkan jawatan Setiausaha Kehormat mereka sebelum ini.

Edwin menjelaskan agenda utama mesyuarat yang berlangsung sebelum ini hanyalah mengenai pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan bukan mengenai status dan jawatannya.







Malah, satu surat rasmi berhubung jawapan balas mengenai isu berbangkit itu juga telah diserahkan kepada FAM. 

"Notis dan agenda mesyuarat majlis MCFA bertarikh 2 Januari 2025 menunjukkan agenda mesyuarat hanya berfokus kepada pemilihan FAM akan datang. 

"Tiada agenda atau usul untuk memecat saya sebagai setiausaha kehormat MCFA." katanya.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video