Skip to main content

Bola Sepak

Setiap minggu boleh tengok pemain terbaik bertaraf Eropah -- Cklamovski

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hector-hevel.jpg
Tiada istilah turun pangkat.

Pengendali negara, Peter Cklamovski, menganggap Johor Darul Ta'zim (JDT) tetap menjadi destinasi terbaik buat pemain warisan negara walaupun berhijrah dari liga Eropah ke Liga Malaysia (Liga-M). 

Hector Hevel dan Jon Irazabal menyertai JDT menjelang Liga-M 2025/2026 tatkala Cklamovski turut berkongsi mengenai status fasa kedua 'Malaysian Abroad'.

"Hector seorang pemain yang sangat bagus dan akan menyertai kelab yang cukup bagus selain sayangkan Malaysia. 

"Sikap dan komitmennya sebagai pemain di tahap tinggi. Ia akan membantu kelab dan bola sepak Malaysia. 

"Dia mahu beraksi di JDT atas permintaannya sendiri jadi akan menjadi menarik dapat mengikuti aksinya dalam Liga Super saban minggu.

"Kami mengenal pasti ramai pemain 'Malaysian Abroad' tetapi prosesnya perlu dilengkapkan dan apa yang paling penting, pemain ini mahu beraksi untuk Harimau Malaya. 

"Saya terharu apabila peminat di Kuala Lumpur mula menegur saya kerana menghargai sumbangan saya terhadap pasukan kebangsaan. 




"Mungkin ada pengumuman selanjutnya sedikit masa lagi," katanya dalam wawancara wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Dalam masa sama, Cklamovski tetap tenang dalam konteks 'Malaysian Abroad' biarpun dipertikaikan sesetengah pihak. 

"Kami perlu mendapat kelulusan daripada AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) dan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

"Saya tidak pasti sejauh mana nilainya dalam mengetahui latar belakang datuk nenek pemain. Apa yang penting arahan prosesnya telah dituruti dan diluluskan oleh FIFA.

"Pemain mahu beraksi untuk negara jadi mengapa mereka dibezakan dengan pemain lain?" katanya lagi. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video