Skip to main content

Bola Sepak

Seteru utama Selangor dalam ACL2, Jeonbuk mahu tandatangani Arif Aiman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif1.jpeg

Gergasi terkemuka Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai, dilaporkan memantau perkembangan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Super musim lalu, Arif Aiman Hanapi, yang melakar sejarah tersendiri menjadi salah seorang penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.

Kelab K-League 1 itu difahamkan berminat menandatangani tonggak utama Johor Darul Ta'zim (JDT) tersebut bagi memperkuat jentera serangannya oleh kerana memiliki bakat yang besar pada usia 22 tahun.

Jeonbuk sedang menduduki tempat ketiga liga dan bersaing dalam kancah Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini dan pernah diundi bersama wakil negara, Selangor, musim ini. 

Advertisement

 

 



Statistik terkini mengenai Arif Aiman, dia sudah menjaringkan lima gol dalam kempen ACLE dan berada di belakang pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kelab tiga terbaik Liga Pro Iran, Persepolis, juga mahu mendapatkan  khidmat pemain Harimau Malaya itu, tahun lalu.

Sekiranya desas-desus berkenaan benar, Persepolis atau Jeonbuk perlu menebus kontraknya bersama juara Piala FA 2024, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang di jangka berakhir 2028.

Melewati perkhabaran tersebut, masih tiada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung tawaran tersebut. 

Must Watch Video