Skip to main content

Bola Sepak

Serie A: Szczesny tamat kontrak di Juventus secara persetujuan bersama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

szczesny_.jpg
Wojciech Szczesny meninggalkan Juventus selepas mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontraknya, demikian diumumkan kelab Serie A itu lewat malam tadi.

Penjaga gol berusia 34 tahun itu, yang menghabiskan tujuh musim di Juventus, memiliki tempoh setahun lagi dalam kontraknya tetapi lebih memilih untuk berstatus ejen bebas.

Dia mengumpulkan 252 penampilan bersama Juve sejak menyertai kelab itu pada Julai 2017 dan mendaftarkan 103 perlawanan tanpa bolos dalam semua pertandingan.

Dia juga memenangi tiga gelaran Serie A dan tiga kejuaraan Coppa Italia sepanjang tempoh itu.
 

Advertisement

Must Watch Video