Skip to main content

Bola Sepak

Serie A: Sampdoria pecat Giampaolo selepas tewas kepada Monza

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

giampaolo.jpg
SAMPDORIA 0 MONZA 3

Sampdoria mengumumkan pemecatan ketua jurulatih, Marco Giampaolo, sebaik tewas 0-3 kepada Monza dalam perlawanan Serie A di Stadio Comunale Luigi Ferraris malam tadi.

Ia merupakan kali kedua Giampaolo dipecat Sampdoria sepanjang kariernya selepas kali terakhir pada 2019.

Dengan pemecatan itu, pengendali skuad B-19, Felice Tufano, akan menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih interim sehingga satu pelantikan ketua jurulatih baru diumumkan secara rasmi.

Antara individu yang dijangka akan mengisi kekosongan itu adalah bekas pengurus Watford, Claudio Ranieri, dan bekas jurulatih, Roberto D'Aversa.
 

Advertisement

Must Watch Video