Skip to main content

Bola Sepak

Serie A: Ruben Loftus-Cheek sertai AC Milan daripada Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ruben-loftus-cheek.jpg
Chelsea mengesahkan bahawa Ruben Loftus-Cheek telah melengkapkan perpindahan secara tetapnya ke AC Milan.

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Milan dengan kontrak empat tahun sehingga Jun 2027,

Dia meninggalkan Chelsea selepas 19 tahun bersama kelab itu, di mana dia menyertai akademi mereka pada 2004.

Loftus-Cheek juga melakukan 155 penampilan bersama The Blues, menjaringkan 13 gol dan memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Europa (UEL) dan Liga Super UEFA sepanjang berada di Stamford Bridge.

Pemergiannya juga menjadi sebahagian daripada rentetan perpindahan pemain yang meninggalkan kelab itu, di mana N’Golo Kante dan Kalidou Koulibaly memilih untuk menyertai pasukan Liga Profesional Arab Saudi.

Turut meninggalkan Chelsea ialah penjaga gol, Edouard Mendy, yang menyertai kelab Arab Saudi, Al Ahli, manakala pemain tengah, Kai Havertz, pula menyertai Arsenal.
 

Advertisement

Must Watch Video