Antonio Conte mendedahkan sebab mengenepikan Rasmus Hojlund dan Scott McTominay dalam kekalahan Napoli kepada Torino awal pagi tadi.
Penyandang juara Serie A itu terkesan tanpa kelibat duo bekas gandingan Manchester United itu apabila tewas 0-1 di tempat lawan yang menyaksikan Giovanni Simeone menyumbat gol kemenangan dalam separuh masa pertama.
Walaupun menikmati prestasi cemerlang, Conte tidak memasukkan Hojlund mahupun McTominay dalam kunjungan itu dan pengurus itu menjelaskan keputusannya: "Mereka menyertai kami kerana kami mahu mereka bermain.
"Kelmarin, McTominay tercedera hingga memerlukan enam jahitan pada buku lalinya. Ia menjengkelkan. Kami mencubanya semalam tetapi dia lebih suka untuk tidak mengambil sebarang risiko. Saya tidak boleh memaksa sesiapa.
"Rasmus tiba daripada pasukan kebangsaan dengan keadaan yang sangat letih. Dia jarang bermain sebelum ini, kemudian diturunkan dalam setiap perlawanan ketika menentang Itali dan Denmark.
"Paha kanan mengalami sedikit ketegangan. Dia bermain setiap tiga hari, walaupun masalah kecil seperti itu ia akan mengundang masalah. Tiada gunanya mempertaruhkannya apabila kami mempunyai pilihan lain. Ibarat kata kuda yang sihat adalah lebih baik daripada kuda tempang."
Gear Up Sekarang

✨ La classe al potere: è Kevin il POTM powered by @MSC_Crociere
— Official SSC Napoli (@sscnapoli) October 8, 2025
Leggi la news ? https://t.co/3cKnI5uJWY
? #ProudToBeNapoli pic.twitter.com/KmvKIU2Q5Q
"Rasmus tiba daripada pasukan kebangsaan dengan keadaan yang sangat letih. Dia jarang bermain sebelum ini, kemudian diturunkan dalam setiap perlawanan ketika menentang Itali dan Denmark.
"Paha kanan mengalami sedikit ketegangan. Dia bermain setiap tiga hari, walaupun masalah kecil seperti itu ia akan mengundang masalah. Tiada gunanya mempertaruhkannya apabila kami mempunyai pilihan lain. Ibarat kata kuda yang sihat adalah lebih baik daripada kuda tempang."

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang