Skip to main content

Bola Sepak

Serie A: Masalah kecederaan paksa Napoli congak formasi berbeza

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

conte-napoli.jpg
Napoli mungkin terpaksa menyerahkan kedudukan sebagai pendahulu Serie A pada hujung minggu ini selepas terikat 2-2 dengan Lazio awal pagi tadi. 

Begitupun, Antonio Conte telah memuji barisan pemainnya kerana mampu menyesuaikan diri dengan perubahan formasi akibat kecederaan.

Napoli mendahului perlumbaan Scudetto dengan 56 mata tetapi mungkin dipintas Inter -- ketinggalan dua mata di belakang -- yang akan bertandang ke Juventus untuk 'Derby' d'Italia, awal pagi esok. 

Skuad Partenopei bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk mendahului 2-1 menerusi jaringan Giacomo Raspadori dan gol sendiri Adam Marusic, namun jaringan lewat Boulaye Dia mengesahkan satu mata buat Lazio.

"Saya tidak boleh tidak berpuas hati dengan corak persembahan kami. Kami kenal benar dengan Lazio," kata pengurus itu dalam sidang akhbar.

 

“Kami pastinya kesal kerana dalam tempoh 15 hari lalu, kami telah kehilangan empat mata di Olimpico, dua dengan Roma dan dua lagi hari ini.

"Perlawanan ini sedikit berbeza berbanding dua minggu lalu, undian ini mempunyai bebanan yang lebih besar. Kami telah membuktikan bahawa kami tidak mahu berputus asa tanpa mengira kesulitan yang dihadapi."

 

Advertisement

Must Watch Video