Jurulatih Cagliari, Claudio Ranieri, menggesa pasukannya tenang menghadapi tentangan AC Milan dalam saingan Serie A.

Kekalahan di Atalanta Ahad lalu adalah yang ketiga dalam lima perlawanan liga untuk pasukan bimbingan Ranieri, yang menduduki tempat kedua tercorot liga.

Cagliari, yang baru sahaja tiba dalam saingan Serie A musim lalu, hanya menjaringkan satu gol pada bulan September dan hanya sekadar mengumpul dua mata.


Ranieri bagaimanapun yakin keputusan akan menyusul sekiranya pasukannya dapat menghasilkan minda yang betul.

“Barisan pemain berlatih dengan baik, kami mesti bergerak ke hadapan dengan yakin, tanpa rasa bimbang melakukan kesilapan dan melakukan apa yang kami sediakan,” kata Ranieri.

“Kami menjangkakan permulaan yang sukar, jadual perlawanan cukup jelas, kami mempunyai dua mata dan ia mungkin lebih banyak tetapi juga kurang, kini kepada Milan yang sangat kuat dan mahu menjadi juara Itali sekali lagi.

“Ia akan menjadi pertarungan yang baik, kami memerlukan sedikit keyakinan juga daripada perlawanan terakhir, gol itu, kemenangan yang boleh membuka sekatan anda dan memberi anda lebih ketenangan.”